
Perut Buncit.. Berapa ramai dikalangan kita yang mengalami masalah perut buncit?? Bunyinya macam kelakar bukan, tapi itulah hakikatnya masalah rakyat Malaysia sekarang yang semakin ramai mengalami masalah perut buncit.. Apa agaknya perasaan mereka yang mengalami masalah perut buncit ini yer?? Tentulah tertekan apabila mengalami masalah perut buncit dan penuh bonjolan lemak.. Kat sini aku nak kongsikan 3 perkara yang korang perlu elak dan amalkan untuk mengelakkan masalah perut buncit..
Elakkan…
1. GELOJOH – Kunyah makanan secara perlahan-lahan dan telan makanan agar ia benar² hancur.. Menelan makanan terlalu cepat dan tak dihadamkan dengan sempurna menyebabkan terhasilnya gas² yang boleh membentuk perut korang buncit..
2. GARAM – Pengambilan garam yang banyak boleh menyebabkan pertambahan sodium dalam badan lantas melambatkan mekanisme sehingga perut rasa penuh dan mula mengembung ke hadapan.. Kalau korang nak tahu, makanan ringan mengandungi banyak garam.. Maka, jauhi SNEK atau cekedis..
3. LEWAT MALAM – Jauhi mengambil makanan berat pada lewat malam kerana makanan lambat hadam dan selebihnya akan disimpan sebagai lemak..
Amalkan…
1. AIR – Jika korang rasa perut kembung kerana dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, korang boleh mengurangi masalah tu dengan minum lebih banyak air.. Pengambilan air dapat mencairkan kosentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar dari tubuh.. Selain itu, ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan..
2. BUAH-BUAHAN – Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan perut menjadi kembung..
3. SIT UP – Ia senaman dan perkara paling mudah selepas korang bangkit dari tidur.. Lakukan senaman perut misalnya Sit Up setiap pagi.. Mengamalkan Sit Up dapat membantu meratakan dan membentuk otot di bahagian abdomen perut..
Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat aku kongsikan dengan korang pada kali ni.. Semoga dengan info ini masalah perut buncit yang sering menghantui masyarakat kita dapat dikurangkan.. Aku pun berharap untuk tidak mendapat penyakit sebegini..wakaka…
No comments:
Post a Comment