my honey stars ^_^

Thursday, June 9, 2011

misi 4 : hantaran

salam,,
ok the next mission to be complete is 'hantaran'

for those yang xtahu hantaran tu ape,
mai mai bace post saye ini,

hantaran ni selalunya ada bila ada majlis perkahwinan.
ia merupakan satu hadiah daripada pengantin kepada pasangannya.
yang uniknya tentang hantaran orang akan bagi dengan jumlah yang ganjil contohnya 5,7,13 and so on.
ini adalah kepercayaan orang dulu-dulu sahaja, kami sebagai pewaris adat hanya ikut sahaje.
hantaran selalu nya berupa baju sepersalinan, kasut, jam tangan, sejadah, al-Quran && the important one is sirih junjung,,
bagi belah lelaki sirih junjung hendaklah tinggi melambangkan tanggungjawab yang akan dipikul dan belah perempuan rendah sedikit melambangkan isteri harus patuh dgn suami ianya juga dipanggil sirih dara.

okay itulah serba sedikit tentang hantaran..
seperti orang lain, abang saya juga mempunyai hantaran atau hadiah kepada perempuan..
jum tgk gmbr..



inilah diantara hantaran abg saya (:
hantaran abg saya semuanya 13 dulang.. banyak kan,,
yelar abg saya tunang hari itu tak buat besar-besaran, so hantaran waktu tunang tu ganti kat waktu nikah ni..
tema hantaran adalah hijau putih (bunga hijau bakul putih)
hantaran ini sebuah hasil gubahan my mom n my auntie..
cantik kan? nk tempah..
sorry.. tarak jual okay !! hahaha

okaylah nanti sambung lagi cerita tentang wedding abang saya..

No comments: